Halaman

21 Mac 2011

Kerepek hari ini-kerepek ubi kayu...

Kalau di negara orang putih, makanan ringan yang sangat terkenal di sana ialah kerepek ubi kentang (potato chip), orang Malaysia pun makan potato chip juga tapi sebenarnya kerepek ubi kayu lebih 'dekat' dengan jiwa masyarakat Malaysia. Sesiapa pun boleh buat sendiri asalkan rajin..Maklumlah, berbanding ubi kentang, ubi kayu memang mudah ditanam di negara kita.

Untuk menanam ubi kayu, hanya perlu cucukkan keratan batangnya dalam tanah dan tidak memerlukan penjagaan rapi, diam tak diam hasilnya boleh dicabut selepas lapan bulan. Selain dijadikan kerepek, biasanya ubi kayu itu sendiri akan dibuat gulai tempoyak (di Pahang), direbus untuk dimakan dengan gula.

Ubi kayu memang banyak khasiatnya, nak cerita pun panjang kisahnya...paling mudah ia adalah sumber karbohidrat yang dpt membekalkan tenaga pada manusia. Tapi apa pula khasiat kerepek ubi kayu? Sebenarnya, kandunan kalori dalam kerepek ubi kayu adalah lebih rendah berbanding potato chip dan mengandungi lebih banyak serat..Oleh sebab itu, sekarang ini kerepak ubi kayu dari negara kita telah mendapat permintaan dari pasaran luar negara terutamanya dari UK.

08 Mac 2011

Cenderahati Majlis Perkahwinan & Lain-lain Majlis/Acara

Buat mereka yang tercari-cari apakah cenderahati yang ingin diberi kepada tetamu sempena majlis perkahwinan, kerepek juga amat sesuai dijadikan cenderahati yang ringkas tapi enak selain gula-gula atau bunga telur.

Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk menjadikan kerepek sebagai cenderahati, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pembelian stok kerepek atau bungkusan cenderahati kerepek bersaiz kecil (plastik 5x8).

Kerepek ini juga sesuai untuk dijadikan cenderahati bagi majlis atau acara-acara lain.