Halaman

21 Mac 2011

Kerepek hari ini-kerepek ubi kayu...

Kalau di negara orang putih, makanan ringan yang sangat terkenal di sana ialah kerepek ubi kentang (potato chip), orang Malaysia pun makan potato chip juga tapi sebenarnya kerepek ubi kayu lebih 'dekat' dengan jiwa masyarakat Malaysia. Sesiapa pun boleh buat sendiri asalkan rajin..Maklumlah, berbanding ubi kentang, ubi kayu memang mudah ditanam di negara kita.

Untuk menanam ubi kayu, hanya perlu cucukkan keratan batangnya dalam tanah dan tidak memerlukan penjagaan rapi, diam tak diam hasilnya boleh dicabut selepas lapan bulan. Selain dijadikan kerepek, biasanya ubi kayu itu sendiri akan dibuat gulai tempoyak (di Pahang), direbus untuk dimakan dengan gula.

Ubi kayu memang banyak khasiatnya, nak cerita pun panjang kisahnya...paling mudah ia adalah sumber karbohidrat yang dpt membekalkan tenaga pada manusia. Tapi apa pula khasiat kerepek ubi kayu? Sebenarnya, kandunan kalori dalam kerepek ubi kayu adalah lebih rendah berbanding potato chip dan mengandungi lebih banyak serat..Oleh sebab itu, sekarang ini kerepak ubi kayu dari negara kita telah mendapat permintaan dari pasaran luar negara terutamanya dari UK.

08 Mac 2011

Cenderahati Majlis Perkahwinan & Lain-lain Majlis/Acara

Buat mereka yang tercari-cari apakah cenderahati yang ingin diberi kepada tetamu sempena majlis perkahwinan, kerepek juga amat sesuai dijadikan cenderahati yang ringkas tapi enak selain gula-gula atau bunga telur.

Oleh itu, kepada mereka yang berminat untuk menjadikan kerepek sebagai cenderahati, bolehlah menghubungi kami untuk membuat pembelian stok kerepek atau bungkusan cenderahati kerepek bersaiz kecil (plastik 5x8).

Kerepek ini juga sesuai untuk dijadikan cenderahati bagi majlis atau acara-acara lain.

17 Januari 2011

Kerepek Untuk Tahun Baru China

Buat masa sekarang kami ada menjual kerepek kami di sekitar bandar Kuantan. Jika anda ke Kuantan Parade, Mega Mall, Malay Town atau pun Plaza Gambut, pasti anda terpandang gerai kerepek Fatimah Food. Oleh itu, jangan lalu saja ye adik-adik, sila-sila lah mencuba kerepek-kerepek di gerai kami. Tentu anda tak akan menafikan kesedapan kerepek kami...cuma tak tau nak beli yang mana satu je kan!!

11 Oktober 2010

jalan-jalan di terengganu...(kuala terengganu)

 pandangan dari taman tamadun islam(terengganu)
 msjid kristal yg berubah warna
 msjid kristal yg berubah warnamsjid kristal yg berubah warna
 msjid kristal yg berubah warna
 masjid kristal

 bot pengunjung laju
masjid terapung

mari-mari beli kerepek ....anak pahang yg mengusahakan..x rugi klau rasa

 waktu karnival harta intelek kt terengganu trade center(TTC)pling kanan:dato seri ismail sabri,menteri KPDHNN

 kerepek ubi perisa kari..(paling laris)
 kerepek ubi pedas basah
 tapak karnival
 usahawan cilik

 sempat lg posing yer makcik..menakutkan
 (YPU)yayasan pembangunan usahawan negeri terengganu pun giler kerepek..

lagi2 giler kerepek..cayalah adik...akhirnya mak budak nie akur,,,terus beli kerepek.hahaha

rasa Dato....